SEMAKAN MINYAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RON95 2025

SEMAKAN MINYAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RON95 2025

Terkini! Seramai 1.6 juta rakyat Malaysia bakal menerima Subsidi Petrol RON95 melalui Program Budi MADANI RON95 (BUDI95), dengan kadar harga subsidi RM1.99 seliter. Warganegara Malaysia yang layak boleh menikmati manfaat subsidi ini di semua stesen minyak terpilih.

Bagaimanakah cara semakan minyak RON95? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CHECK BUDI MADANI RON95 (ONLINE 2025)

APA ITU SEMAKAN MINYAK RON95

BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk
warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.

SIAPA LAYAK SUBSIDI MINYAK RON95

Antara syarat kelayakan penerima bantuan minyak kerajaan adalh seperti berikut :

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas;
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif;
  • Tiada kira tahap pendapatan – semua layak;
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

BERAPA HARGA RON95 TANPA SUBSIDI

Bagi golongan TIDAK LAYAK (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

KATEGORI TAK LAYAK MENERIMA BANTUAN RON95 :

  • Lesen memandu tamat tempoh;
  • Warga asing;
  • Tiada kad pengenalan yang asli.

TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI MINYAK RON95

Berikut merupakan tarikh yang boleh disemak seperti berikut :

  • Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

CARA SEMAKAN MINYAK RON95

Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang “Semak Kelayakan’.
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

CARA GUNA MINYAK RON95

Kaedah pengunaan subsidi ron95 di stesen minyak terpilih adalah seperti berikut :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN MINYAK RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Siapa yang layak terima subsidi RON95?
    • Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
  2. Bagaimana jika MyKad rosak atau tidak boleh digunakan?
    • Apa beza harga RON95 subsidi dan tanpa subsidi?
  3. Adakah perlu berdaftar untuk tebus subsidi ron95?
    • Tidak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad.
  4. Bilakah program ini akan dilaksanakan?
    • Program ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan iaitu 30 September 2025.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
  • e-Mel : [email protected]
  • Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/

Leave a Comment