SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN : 2025

SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN : 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan memberi manfaat kepada ramai rakyat malaysia yang terkesan dengan ekonomi pada masa kini, golongan yang layak iaitu Isi rumah,Warga emas dan bujang dapat merasai bantuan Mykasih pada setiap bulan di dalam bentuk ewallet Mykad.

Bagaimanakah cara semakan mykasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN : ONLINE

APA ITU MYKASIH ONLINE

MyKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk membeli keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad penerima dan boleh digunakan di pasar raya yang bekerjasama dengan program MyKasih.

LOGIN SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH ONLINE 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE 2025

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal MyKasih; ATAU
  • Portal MySTR

SEMAKAN DIPORTAL MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT BANTUAN MYKASIH 2025

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment