SEMAKAN MYSARA 2026 : CEK BAYARAN BANTUAN MYKASIH MASUK KE DALAM MYKAD PENERIMA

SEMAKAN MYSARA 2026 : CEK BAYARAN BANTUAN MYKASIH MASUK KE DALAM MYKAD PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 memperkenalkan kredit bantuan RM100 secara one-off untuk warga dewasa Malaysia yang layak terus dikredit ke dalam MyKad. Bantuan ini membolehkan penerima membuat pembelian barang keperluan asas di kedai / pasar raya berdaftar dan membantu meringankan beban kos sara hidup bagi mereka yang terkesan.

Bagaimanakah Semakan MySARA 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026 : TARIKH BAYAR, KADAR, SEMAK KELAYAKAN

APA ITU MYSARA 2026

SARA adalah bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara. Program ini sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah
oleh Kementerian Kewangan Malaysia, bertujuan membantu golongan B40 dan penerima golongan miskin tegar.

SEMAKAN MYSARA 2026

KATEGORI LAYAK MYSARA 2026

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

JADUAL AGIHAN SARA 2026

Pemberian bantuan ini dilakukan secara bulanan. Berikut adalah jadual pemberian bantuan mengikut status penerima:

  • Miskin dan Miskin Tegar:Setiap bulan bermula dari 15 Januari 2026 hingga 1 Disember 2026.
  • Bukan Miskin:Setiap bulan bermula dari April 2026 hingga Disember 2026.

BARANGAN MYSARA 2026

Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.

CARA SEMAKAN MYSARA 2026

Penerima yang ingin membuat semakan status kelayakan boleh merujuk panduan berikut yang disediakan dibawah dengan menggunakan dua laman web yang disediakan:

Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Selesai.

Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bayaran STR & SARA 2026: Dijangka bermula awal tahun 2026 melalui akaun bank berdaftar atau di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun.

Bonus tambahan: Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerimabantuan tambahan RM100 (one-off) pada Februari 2026 sempena sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA 2026

Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?

Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.

Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.

Di mana saya boleh guna SARA?

SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini

Berapakah amaun SARA yang diterima?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment