SEMAKAN MYSTR STATUS BAYARAN FASA 2 2026
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 bakal diawalkan bagi membantu rakyat Malaysia yang layak untuk membuat persiapan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada bulan Mac 2026.
Bagaimanakah Semakan Mystr fasa 2? Ikuti Info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAK MY KASIH – BAYARAN BULANAN DALAM MYKAD 2026
BAGAIMANA SEMAKAN MYSTR
Bagi penerima sedia ada dan juga pemohon baharu boleh buat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semakan melalui laman rasmi STR di bawah :
| PAUTAN LAMAN RASMI STR |
|---|
| https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Pergi ke laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Anda akan dibawa ke halaman STR yang rasmi.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh 880330112345.
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang betul.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI BAYARAN MYSTR FASA 2
Setiap kategori penerima yang layak sama ada sedia ada dan baharu, akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 dengan kadar yang berbeza mengikut bilangan anak seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) : RM200 hingga RM500 (tertakluk jumlah anak)
- Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 – RM5,000) : RM100 hingga RM250 (tertakluk jumlah anak)
- Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) : RM150(setiap individu).
CARA MASUK BANTUAN SEMAKAN MYSTR
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR :[email protected]