SEMAKAN PELATIH PLKN (SIRI 2/2026)
Pada tahun 2026, kerajaan MADANI telah memperkenalkan semula program PKLN bagi siri 2 3.0 bagi menikkan lagi semangat dan disiplin anak muda Malaysia dibawah program PLKN 2026.
Bagaimanakah cara semakan pelatih PLKN? Ikuti info lanjut disini sekarang.
BACA JUGA : SEMAKAN PLKN 2026 : STATUS KELAYAKAN PELATIH SIRI 2 3.0
CARA SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
Status tawaran Pelatih Siri 2/2026 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
- Kemudian, Klik [Semak].
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
- Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 25 Disember 2025 (Khamis) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
SYARAT LAYAK PELATIH PLKN SIRI 2 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0, siri 2/2026 adalah seperti berikut:
| SYARAT KELAYAKAN PLKN SIRI 2 3.0 |
|---|
| 1. Warganegara Malaysia; 2. Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran; 3. Kelahiran tahun 2008; 4. Sihat dari segi Fizikal dan Mental; 5. Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini; |
KELEBIHAN MASUK PELATIH PLKN
Banyak manfaat yang akan diperoleh bagi pelatih yang menyertai PLKN 3.0. Antaranya :
- Meningkatkan semangat patriotisme.
- Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
- Melahirkan generasi muda yang cergas dan berdisiplin.
- Memberikan asas ketenteraan dan latihan komuniti.
- Menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih berbakat.
- Membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET & industri.
- Menambah merit permohonan kerja sektor awam.
TARIKH PLKN 3.0 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri Pertama akan dilaksanakan seperti berikut :
- Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
- Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
- Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
- Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026
Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari jlkn atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.
SOALAN LAZIM (FAQ) PLKN 2026
Adakah PLKN 2026 wajib?
PLKN 3.0 adalah program wajib untuk mereka yang dipilih mengikut sistem pemilihan rasmi kerajaan.
Bolehkah saya menukar tarikh pendaftaran PLKN?
Anda boleh memohon penangguhan dengan melampirkan bukti pengajian semasa atau alasan lain yang sah.
Apa yang perlu saya bawa ke kem PLKN?
Pastikan anda membawa dokumen penting, pakaian yang sesuai, dan peralatan mandi. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melapor diri.
Bolehkah saya membawa telefon semasa latihan?
Peraturan tentang telefon biasanya ketat; semak dengan pihak kem untuk kepastian.
Apa aktiviti yang akan dilakukan di PLKN?
Aktiviti termasuk latihan fizikal, kemahiran hidup, dan pendidikan kewarganegaraan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Pelatih PLKN 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Semakan PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Facebook Rasmi Program Latihan Khidmat Negara
- Talian: 03-4013 3624 /03-4013 3581
- E-mel: [email protected]