SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 2025 : CARA SEMAK ONLINE
Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.
Bagaimanakah cara semakan pelatih terpilih plkn? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE
PELATIH TERPILIH PLKN
Berikut merupakan apa yang dimaksudkan dengan PLKN? :
- PLKN adalah sebuah program kenegaraan di mana pada setiap tahun, kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.
- PLKN juga adalah merupakan sebuah program nasional di Malaysia yang bertujuan untuk memobilisasi dan melatih belia untuk mengembangkan semangat patriotisme, perpaduan dan karakter yang positif serta berkeyakinan tinggi.
SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN
Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
OBJEKTIF PLKN
Fungsi sebenar Program Latihan Khidmat Negara( (PLKN) adalah seperti berikut :
- Merancang dan mengelola Program Latihan Khidmat Negara (PLKN);
- Memastikan pelaksanaan Program PLKN berjalan dengan lancar;
- Mengawasi dan mengevaluasi kinerja Program PLKN; dan
- Menyediakan informasi dan sokongan kepada para peserta PLKN.
SYARAT PELATIH PLKN 2025
Pihak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menetapkan syarat peserta PLKN adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 hingga 35 tahun pada tarikh yang ditetapkan dalam proklamasi;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum ini.
TEMPAT LATIHAN PELATIH PLKN
Berikut merupakan tempat dan tarikh yang ditetapkan untuk program PLKN 2025 :
| SESI | TARIKH LATIHAN | TEMPAT LATIHAN |
|---|---|---|
| SESI 1 | Tarikh : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025. | Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. |
| SESI 2 | Tarikh : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025. | Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang. |
| SESI 3 | Tarikh : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025. | Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang. |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian JLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat)