SEMAKAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR)
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk membantu golongan memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat serta menampung perbelanjaan bulanan. penerima.
Bagaimanakah cara semakan sara 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : LINK SEMAKAN STR 2025 (BANTUAN FASA 4)
SYARAT LAYAK SEMAKAN SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| ISI RUMAH RM2500 KEBAWAH | 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,200 5 Anak dan Ke atas : RM 1,200 |
| ISI RUMAH RM2501 HINGGA RM5000 | 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,200 5 Anak dan Ke atas : RM 1,200 |
| WARGA EMAS | RM600 |
| BUJANG | RM600 |
SEMAKAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL SARA | PORTAL MYSTR |
|---|---|
| https://sara.gov.my/ | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAKAN DI PORTAL SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA SEMAKAN DIPORTAL MYSTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:
- Siapa yang layak menerima SARA 2026?
- Semua penerima STR 2026, termasuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.
- Bagaimanakah semak status kelayakan SARA 2026?
- Status kelayakan SARA 2026 boleh disemak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR.
- Bagaimana jika status semakan menunjukkan ‘tidak layak’?
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh kemas kini maklumat STR 2026 di Portal MySTR atau mengemukakan rayuan STR kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR.
- Bila bantuan SARA 2026 akan dikreditkan?
- Seperti sebelum ini, bantuan bakal dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima bemula Januari sehingga Disember 2026.
- Bagaimana cara guna bantuan dalam MyKad?
- Kunjungi Kedai Berdaftar dan pilih barangan keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA, kemudian bayar barangan tersebut menggunakan MyKad anda.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel :[email protected]