SEMAKAN SARA DALAM MYKAD : ONLINE 2025
MyKad (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia digunakan untuk menyalurkan bantuan tanpa tunai (Sumbangan Asas Rahmah) bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai dan pasaraya terpilih.
Bagaimanakah semakan sara dalam mykad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DUIT DALAM IC : SARA RM100
SEMAKAN SARA DALAM MYKAD
Semakan status kelayakan penerima adalah bermula 21 Ogos 2025 mengikut panduan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK KREDIT SARA DALAM MYKAD
Status pengkreditan Bantuan Dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG SARA ONE OFF
Antara kegunaan Bantuan Dalam MyKad adalah khas untuk beli barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Pembelian barangan keperluan asas hendaklah tidak melebihi kadar bantuan yang dikreditkan dalam MyKad.
KADAR BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA MISKIN (DAFTAR STR DAN EKASIH) | PENERIMA BUKAN MISKIN (DAFTAR STR) | SEMUA RAKYAT MALAYSIA |
|---|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 SETIAP BULAN | RM100 SETIAP BULAN | RM 100 |
| WARGA EMAS | RM150 SETIAP BULAN | RM50 SETIAP BULAN | RM 100 |
| BUJANG | RM50 SETIAP BULAN | – | RM 100 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.