SEMAKAN STR 2025 ONLINE (FASA 3)
Pindaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada setiap fasa adalah tertakluk kepada ketetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa. Begitu juga bayaran bagi Fasa ketiga (3) yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah Cara Semakan online STR 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN STR BUJANG (FASA 3 2025)
SEMAKAN TARIKH MASUK STR
Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh :
- Tarikh bayaran Fasa 3 kepada Penerima Sedia Ada : Bakal diumumkan.
- Tarikh bayaran Fasa 3 kepada Penerima Baharu : Bakal diumumkan.
*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
SEMAKAN BAYARAN STR 2025
Dianggarkan jumlah bayaran STR Fasa 3 akan dimasukkan kepada penerima sedia ada sebanyak berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
- Tiada anak : RM150.
- 1 hingga 2 anak : RM350.
- 3 hingga 4 anak : RM500.
- 5 anak ke atas : RM650.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
- Tiada anak : RM100.
- 1 hingga 2 anak : RM200.
- 3 hingga 4 anak : RM250.
- 5 anak ke atas : RM300.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150.
- Bujang :
- RM150.
SEMAKAN CARA BAYAR STR
Lazimnya bayaran Bantuan STR melalui medium yang sama, iaitu :
- Secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima :
- Tiada akaun bank; atau
- Status ‘Gagal Kredit’.
- SecaraFund Online Transferke dalam akaun bank penerima / pasangan bagi yang mempunyai akaun bank.
SEMAKAN ONLINE STR 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan STR Fasa 3 melalui semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]