SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026 : FASA 1
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 atau SYUKUR adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan pemberian bantuan tunai RM300 sebulan selama setahun.
Bagaimanakah cara semakan SYUKUR Sabah 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SYUKUR SABAH FASA 1 : 2026 SEMAKAN
PENGENALAN SYUKUR SABAH 2026
Apakah itu yang dinamakan sebagai Bantuan Syukur Sabah?
Bantuan Kewangan Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) ialah bantuan khas Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat B40 yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
APAKAH FUNGSI UTAMA
Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
- Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.
SYARAT MELAYAKKAN SYUKUR SABAH 2026
Terdapat (2) cara yang melayakkan diri untuk menerima bantuan Syukur Sabah :
SYARAT UTAMA :
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).
SYARAT TAMBAHAN :
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
BILA MASUK BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan SYUKUR Sabah belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
CARA SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
- Portal PADANS Sabah;
- Aplikasi YONO Superapp
Cara Semakan Status di Portal Rasmi PADANS :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Aplikasi YONO Superapp :
- Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian modul [Bantuan].
- Semak status kelayakan Bantuan SYUKUR Sabah anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]