SENARAI BARANG SARA RM100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SENARAI BARANG SARA RM100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pemberian awal Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya fokus kepada 5.4 juta rakyat yang kurang berkemampuan. Namun, kerajaan MADANI telah menambah peruntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat tanpa mengira pendapatan.

Bagaimanakah cara semak senarai barang SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SEMAK SARA UNTUK SEMUA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 ONE OFF 2025

SENARAI BARANG SARA RM100

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

SEMAK KELAYAKAN SARA RM100

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Status kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025 di Portal MyKasih.

MANFAAT SARA RM100

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF atau SARA STR yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

SOALAN LAZIM SENARAI BARANG SARA RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  4. Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
    • Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment