SOLAT JAMAK MAGHRIB DAN ISYAK : CARA & SYARAT (PANDUAN LENGKAP)
Dalam Islam terdapat rukhsah (keringanan) yang diberikan kepada musafir dalam menjalankan beberapa ibadah, termasuk solat. Apabila seseorang melakukan perjalanan jarak jauh dengan tempoh tertentu, dia dianggap sebagai musafir dan diberikan keringanan dalam menjalankan ibadah-ibadah tertentu seperti solat.
Bagaimanakah Cara Solat Jamak Maghrib dan Isyak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : PENDAFTARAN BAHARU STR 2026 : ANDA LAYAK TERIMA BANTUAN SARA RM1200
CARA SOLAT JAMAK MAGHRIB DAN ISYAK
Solat jamak maghrib dan isyak melibatkan beberapa langkah yang perlu diikuti. Solat jamak ini boleh dilakukan mengikut dua kaedah: Jamak Taqdim dan Jamak Takhir.
- Langkah-langkah Solat Jamak Taqdim :
- Solat Maghrib dilakukan dahulu dengan tiga rakaat.
- Solat Isyak dilakukan selepas Maghrib dengan niat qasar, iaitu dua rakaat.
- Solat kedua dilakukan segera selepas solat pertama tanpa selang waktu yang panjang.
- Langkah-langkah Solat Jamak Takhir :
- Solat Isyak dilakukan dahulu dengan niat qasar, iaitu dua rakaat.
- Solat Maghrib dilakukan selepas Isyak dengan tiga rakaat.
- Solat kedua dilakukan segera selepas solat pertama.
SYARAT BOLEH JAMAK MAGHRIB DAN ISYAK
Berikut adalah syarat yang diperbolehkan melakukan Solat Jamak :
- Musafir dengan jarak sekurang-kurangnya 2 marhalah.
- Masih dalam perjalanandan belum tiba di tempat asal.
- Berniat untuk solat jamak sebelum habis waktu solat pertama (untuk Jamak Ta’khir).
- Solat dilakukan dalam tertib yang betul, iaitu Zuhur dahulu baru Asar, dan Maghrib dahulu baru Isyak.

Sumber Gambar : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
APA ITU SOLAT QASAR
Solat Qasar ialah solat 4 rakaat yang disingkatkan menjadi dua rakaat. Solat Qasar hanya berlaku untuk solat Zuhur, Asar, dan Isya’, sedangkan solat Subuh dan Maghrib tetap dalam jumlah rakaatnya.
CARA DAN NIAT SOLAT JAMAK MAGHRIB DAN ISYAK
Solat jamak takhir bermaksud solat ini dilakukan dalam waktu akhir iaitu Waktu Isyak. Oleh itu, solat akan dimulakan dengan solat Isyak terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, boleh dimulakan mana-mana antara dua solat itu.
Cara menunaikannya seperti berikut:
- Berniat mengerjakan solat fardhu Isyak :
Lafaz niat solat fardhu Isyak:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ جَمَعَ تَأْخِيرً وَقَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Isyak dua rakat (qasar). Selepas memberi salam, bangun semula untuk menunaikan solat Maghrib.
- Berniat mengerjakan solat fardhu Maghrib :
Lafaz niat solat fardhu Maghrib:
أُصَلِّ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ جَمَعَ تَأْخِيرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Maghrib tiga rakaat. Selesai. – SOLAT MAGHRIB TIDAK BOLEH QASAR
NOTA: Setelah masuk waktu Maghrib, jangan lupa berniat untuk mengerjakan solat fardhu Maghrib di waktu Isyak nanti. Anda boleh berniat seperti berikut: Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Maghrib jamak takhir pada waktu Isyak.
Sekiranya anda tidak berniat untuk mengerjakan solat Maghrib pada waktu Isyak semasa masuk waktu Maghrib, maka jamak takhir tersebut tidak sah kerana ia merupakan syarat sah jamak takhir. Jika terlupa berniat, anda tidak boleh menunaikan solat jamak takhir tetapi mesti melakukan qada solat Maghrib dahulu.
MANFAAT SOLAT JAMAK
Berikut kelebihan solat jamak :
- Memudahkan para musafir agar tidak mengalami kesulitan dalam menunaikan solat ketika dalam perjalanan jauh.
- Menunjukkan keprihatinan Islam terhadap keperluan umatnya dan memastikan ibadah tetap boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan.
- Menggalakkan umat Islam tetap menjaga solat walaupun dalam keadaan sukar.
- Menjimatkan masa dan tenaga terutama ketika dalam perjalanan yang jauh dan sukar.
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara memanfaatkan rukhsah yang telah diberikan.
SOALAN LAZIM (FAQ) JAMAK MAGHRIB DAN ISYAK
Antara soalan yang ditanya tentang jamak adalah seperti berikut :
- Adakah perlu azan dan iqamah ketika solat jamak dan qasar?
- Azan dan iqamah tetap disunatkan, tetapi jika solat dilakukan secara berjemaah, cukup dengan satu kali azan dan iqamah bagi setiap kali solat.
- Bolehkah solat sunat dilakukan ketika mengerjakan solat jamak dan qasar?
- Solat sunat tetap boleh dilakukan, tetapi solat sunat rawatib bagi Zuhur, Asar, dan Isyak boleh ditinggalkan kecuali solat sunat Subuh.
- Jika seorang musafir menjadi makmum kepada imam yang solat penuh, bagaimana caranya?
- Musafir mesti mengikuti imam dan menyempurnakan solat seperti biasa.
- Bagaimana jika perjalanan belum mencapai 89km?
- Jika belum mencapai 89km, solat perlu dilakukan seperti biasa tanpa jamak dan qasar.
- Bolehkah wanita haid menggantikan solat yang ditinggalkan semasa bermusafir?
- Wanita yang mengalami haid tidak wajib menggantikan solat yang ditinggalkan.
RUJUKAN
Semoga panduan ini membantu dalam memahami Solat Jamak dengan lebih mendalam dan memberikan manfaat kepada semua pembaca :
- Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) https://www.islam.gov.my/ms/
- Panduan Solat Musafir oleh Majlis Agama Islam Negeri