SOLAT SUNAT HARI RAYA :CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI (SENDIRI/BERJEMAAH)
Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.
Bagaimanakah solat sunat hari raya? Ikuti info disini sehingga akhir.
BACA JUGA : EKASIH 2025 (SEMAKAN STATUS)
APAKAH HUKUM SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Bagi yang tidak mengetahui hukum solat sunat aidilfitri :
- SUNAT MUAKKAD merujuk kepada perkara sunat
yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi Muhammad S.A.W yang tidak meninggalkannya. Ia juga dapat dipahami sebagai suatu amalan yang sangat dianjurkan untuk dikerjakan kerana baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya.
Imam Al-Nawawi berkata :
الْمَذْهَبُ وَالْمَنْصُوصُ فِي الْكُتُبِ الْجَدِيدَةِ كُلِّهَا، أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدِ تُشْرَعُ لِلْمُنْفَرِدِ فِي بَيْتِهِ أَوْ غَيْرِهِ
Maksudnya : Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya.
BILAKAH WAKTU MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Waktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI
LAFAZ NIAT :
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnatan idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala
Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.



LAFAZ TASBIH :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله
Ertinya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar Dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Sumber : Portal Rasmi JAKIM
CARA SOLAT SUNAT RAYA AIDILFITRI
Berikut dikongsikan panduan melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah atau berseorangan di masjid, surau atau di rumah.
RAKAAT PERTAMA :
- Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
- أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
- Usolli sunnatan idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala
- Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
- Membaca Doa Iftitah
- Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
RAKAAT KEDUA :
- Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)
- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَروَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله
- Membaca surah al-Fatihah
- Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
- Memberi salam
KHUTBAH RAYA AIDILFITRI
Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
TAKBIR RAYA AIDILFITRI
Umat Islam digalakkan untuk bertakbir bagi hari raya puasa (Aidil Fitri) bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehinggalah ketika imam keluar untuk mendirikan solat hari raya.
يُكَبِّرُ النَّاسُ فِي الْفِطْرِ حِينَ تَغِيبُ الشَّمْسُ لَيْلَةَ الْفِطْرِ فُرَادَى، وَجَمَاعَةً فِي كُلِّ حَالٍ حَتَّى يَخْرُجَ الْإِمَامُ لِصَلَاةِ الْعِيدِ ثُمَّ يَقْطَعُونَ التَّكْبِيرَ
Maksudnya : Orang ramai bertakbir pada hari raya puasa ketika hilangnya matahari pada malam raya secara bersendirian dan juga secara berjemaah dalam setiap keadaan sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat hari raya, kemudian mereka berhentikan takbir.