STR 2026 FASA 2 : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN, JUMLAH BANTUAN
Bagi membantu meringankan bebanan rakyat khususnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, Kerajaan akan menyalurkan bantuan seperti Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) berperingkat.
Bagaimanakah STR 2026 fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH SABAH 2026 : (FASA 1) SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & JUMLAH
CARA BAYAR STR FASA 2 2026
Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 disalurkan kepada penerima melalui dua (2) platform yang disediakan untuk memudahkan penerima menerima bayaran. Berikut merupakan platform bayaran Bantuan STR Fasa 2 :
| PLATFORM PEMBAYARAN TUNAI | PLATFORM PENGKREDITAN TUNAI |
|---|---|
| Penerima yang tiada akaun bank perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat | Penerima yang ada akaun bank perlu menunggu bayaran Bantuan STR dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing secara berperingkat |
NILAI BANTUAN MYSTR FASA 2
Bayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah dianggarkan bermula RM100 sehingga RM500. Setiap penerima akan terima nilai bayaran yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) | RM200 hingga RM500 (tertakluk jumlah anak) |
| Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 – RM5,000) | RM100 hingga RM250 (tertakluk jumlah anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM150 (setiap individu) |
*Catatan : Untuk mengetahui nilai sebenar bayaran Bantuan STR Fasa 2 yang anda layak terima, sila semak di laman web rasmi STR.
TARIKH BAYAR STR FASA 2
Bayaran Bantuan STR Fasa 2 akan disalurkan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh-tarikh yang ditetapkan berperingkat seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 |
|---|---|
| Penerima berstatus sedia ada | MAC 2026 |
| Penerima berstatus baharu | MAC 2026 |
*Catatan : Bayaran Bantuan STR Fasa 2 dijangka sebelum perayaan Aidilfitri. Namun, tarikh bayaran sebenar akan dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.
CARA SEMAK STR 2026 FASA 2
Berikut merupakan panduan untuk anda melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 2 2026
Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]