STR BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

STR BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Terbaru! Bermula tahun 2026, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas penerima.

Bagaimanakah semakan str bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kategori bujang mestilah terdiri daripada :

  1. Bujang; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Berumur 21-59 tahun; dan
  4. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  5. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  6. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH LAYAK STR BUJANG

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMASTR 2026SARA 2026
Kategori BujangRM600
RM50/Sebulan

Catatan : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang, bakal digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2026.

CARA SEMAK STR BUJANG 2026

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal MySTR ; dan
  • Portal SARA

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
  11. Status Permohonan STR;
  12. Jumlah Telah Dibayar;
  13. Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
  14. Status Kelayakan SARA;
  15. Selesai.

SEMAKAN MELALUI PORTAL SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  9. Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
  10. Status : Layak (jika anda layak)
  11. Tarikh Program Bermula
  12. Tarikh Program Berakhir
  13. Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  14. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  15. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  16. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Berikut adalah pertanyaa bagi STR bujang 2026 :

  1. Apakah STR Bujang?
    • STR Bujang adalah bantuan tunai kerajaan untuk individu berstatus bujang yang layak dan berpendapatan rendah atau sederhana.
  2. Siapakah yang layak memohon STR Bujang?
    • Pemohon berstatus bujang berumur 21 hingga 59 tahun atau OKU berumur 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan ≤ RM2,500 layak membuat permohonan.
  3. Adakah warga emas bujang tiada pasangan layak?
    • Ya, warga emas bujang (≥ 60 tahun) tiada pasangan dengan pendapatan ≤ RM5,000 turut layak menerima bantuan.
  4. Bagaimana permohonan STR Bujang dilakukan?
    • Permohonan STR Bujang 2026 perlu dibuat atau dikemas kini secara dalam talian di portal STR 2026 mulai 13 Oktober 2025 dengan akaun MySTR.
  5. Apakah kadar bayaran STR Bujang 2026?
    • Untuk bujang berumur 21-59 tahun, bayaran STR telah dihentikan dan digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 setahun (RM50 sebulan). Warga emas bujang masih menerima STR RM600 setahun.
  6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan status bujang?
    • Dokumen sokongan seperti kad nikah, sijil lahir anak, atau dokumen rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri digunakan.
  7. Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 akan dibuat mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat, dan tarikh ini diumumkan rasmi sempena sambutan Deepavali.
  8. Berapakah jumlah bayaran bagi kategori bujang?
    • Golongan bujang layak menerima bayaran sebanyak RM150 untuk Fasa 4 bagi STR 2025, sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan permohonan diluluskan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment