STR FASA 1 2026 : SEMAKAN, CHECK
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 1 tahun 2026 boleh disemak secara atas talian, jumlah dan kelayakan terbaharu boleh disemak sekarang, bantuan ini dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima yang layak dan ditunaikan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagaimanakah Cara Semak STR Fasa 1 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : STR MALAYSIA LOGIN : SEMAKAN STR FASA 1 2026, BILA TARIKH BAYAR & BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG AKAN TERIMA
SEMAK STR FASA 1 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT LAYAK STR FASA 1 2026
Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
TARIKH PENYALURAN STR FASA 1 2026
Fasa 1 untuk sesi 2026 bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah adalah pada 20 Januari 2026 iaitu hari Selasa. Bantuan akan disalurkan kepada penerima secara terus yang dimasukkan ke dalam akaun bank.
Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan anda.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 anak | RM700 |
| 1-2 anak | RM1200 |
| 3-4 anak | RM1700 |
| 5 > anak | RM2200 |
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 anak | RM200 |
| 1-2 anak | RM450 |
| 3-4 anak | RM700 |
| 5 > anak | RM950 |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| Bawah RM5000 | RM600 |
JADUAL BAYARAN STR 2026
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :
| TARIKH BAYARAN BANTUAN STR (ANGGARAN 2026) |
|---|
| Fasa 1 : Februari 2026 (Sebelum Tahun Baru Cina) |
| Fasa 2 : Mac / April 2026 (Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri) |
| Fasa 3 : Ogos 2026 (Sebelum Hari Kebangsaan) |
| Fasa 4 : November 2026 (Sebelum Perayaan deepavali) |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]