STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS
TERKINI : Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 2 APRIL ini kepada semua penerima yang berdaftar dibawah pangkalan data bantuan Kerajaan Kewangan. Ini menjamin kesejahteraan dan membantu rakyat ke arah kehidupan yang lebih baik.
Bagaimanakah cara semakan str fasa 2? Ikuti info selanjutnya sehingga akhir.
BACA JUGA : STR HASIL 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2
STR FASA 2
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH,BKM,BPN, dan BPR. Namun pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025).
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2025
Setakat ini, tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) belum lagi diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan. Namun, desas-desus mengatakan bahawa bayaran fasa kedua ini dijadualkan secara berperingkat antara 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
Menurut sumber, perkara ini disahkan oleh pihak Maybank yang menjawab pertanyaan di FB Messenger melalui tangkap layar yang dikongsikan oleh admin dalam sebuah Facebook :

Perkara yang sama turut disahkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad melalui tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna media sosial.

*Orang ramai diingatkan agar menunggu perkhabaran sahih daripada pihak kerajaan mengenai berita ini. Kami juga akan mengemaskini berita yang tepat sekiranya terdapat sumber yang sahih daripada Kementerian Kewangan Malaysia, laman web rasmi STR atau agensi Kerajaan yang berkaitan.
SEMAKAN JUMLAH STR
Kadar bayaran STR Fasa 2 belum ditetapkan lagi bagi tahun 2025 seperti yang berikut :

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan. |
| Penerima tiada akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. |
CARA SEMAKAN STATUS STR FASA
Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Bantuan STR fasa ke-2 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM BERKAITAN TIDAK LULUS STR 2025 FASA 2 & RAYUAN
- SOALAN :Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada November 2024 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN :Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)
- SOALAN :Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN :Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
- SOALAN :Permohonan STR 2025 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2025. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN :Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
LUPA KATA LALUAN STR FASA 2 2025
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan”
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
*Nota : Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]