STR FASA 3 2025 : SEMAKAN

STR FASA 3 2025 : SEMAKAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 3 bakal dikreditkan kepada penerima yang layak bermula Ogos 2025. Bantuan ini adalah sebahagian usaha kerajaan melalui Kementerian Kewangan(MOF) untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah menangani tekanan kos sara hidup dan meringankan beban dalam kewangan sara hidup.

Bagaimanakah car semak status STR Fasa 3 2025? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : SYARAT MOHON KAD PERAK : PANDUAN LENGKAP REGISTER

KELAYAKAN STR 2025

Kategori Kelayakan Bantuan STR fasa (3) 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS FASA 3 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

JADUAL BAYARAN STR 2025

STR dibayar dalam empat fasa utama adalah seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA 122 Januari 2025
FASA 23 April 2025
FASA 3Tarikh akan dikemaskini
apabila diumumkan
FASA 4Tarikh akan dikemaskini
apabila diumumkan

*Nota: Tarikh tepat Fasa 3 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan menjelang awal Ogos.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Jumlah bayaran yang diberikan oleh Kementerian untuk STR Fasa 3 boleh disemak seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Berpendapatan
Bawah RM2500
RM150-RM650
Isi Rumah berpendapatan
RM2500-RM5000
RM150-RM300
Warga Emas tiada pasanganRM150
BujangRM50

CARA BAYARAN STR FASA 3

Kaedah sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut :

  1. PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK
    • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  2. PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK
    • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment