STR FASA 3 BILA MASUK : SESI 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

STR FASA 3 BILA MASUK : SESI 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Bantuan tunai kerajaan di bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup kini bakal memasuki fasa ketiga pembayaran.

Bagaimanakah Cara Semakan STR Fasa 3? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : STR FASA 3 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN STR

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STR FASA 3

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  9. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  12. Selesai.

JUMLAH BANTUAN FASA 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM150
1 hingga 2 Anak : RM350
3 hingga 5 Anak : RM500
5 Anak dan Ke atas: RM650
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM100
1 hingga 2 Anak : RM200
3 hingga 5 Anak : RM250
5 Anak dan Ke atas: RM300
Warga emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

STR FASA 3 BILA MASUK

Tarikh pembayaran bantuan STR 2025 adalah seperti seperti berikut:

FASA TARIKH BAYARAN
SATU (1)22 JANUARI
DUA (2)24 MAC 2025
TIGA (3)OGOS 2025
EMPAT (4)NOVEMBER

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment