SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025

SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025 akan memasuki fasa terakhir pada tahun ini. Dijangkakan bayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2025. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat, sama ada terus ke akaun bank penerima atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jumlah Bayaran STR Tahun 2025

Untuk makluman, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM13 bilion untuk program STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bagi tahun 2025. Secara keseluruhan, jumlah bantuan STR yang diterima setahun mengikut kategori adalah seperti berikut :

Kategori Penerima ButiranJumlah STR 2025
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah)Tiada anakRM1,000 Setahun
1-2 anakRM1,500 Setahun
3-4 anakRM2,000 Setahun
5 anak ke atasRM2,500 Setahun
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000)Tiada anakRM500 Setahun
1-2 anakRM750 Setahun
3-4 anakRM1,000 Setahun
5 anak ke atasRM1,250 Setahun
Bujang (Pendapatan RM2,500 ke bawah)RM600 Setahun
Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 ke bawah)RM600 Setahun

Semakan Kelayakan STR Fasa 4 2025

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima STR Fasa 4 ini, anda boleh membuat semakan secara online melalui portal rasmi STR. Berikut adalah langkah-langkahnya :

  • Layari Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang [Log Masuk].
  • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan; klik [Ya] jika maklumat adalah betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan tepat.
  • Selepas log masuk, cari dan klik pada menu Semakan Kelayakan. Di situ, anda akan dapat melihat status kelayakan anda dan jumlah bayaran yang akan diterima.

Jumlah Bantuan STR Fasa 4 Mengikut Kategori

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah :
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah :
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

Soalan Lazim (FAQ) STR 2025

Bolehkah saya menerima STR secara tunai jika saya tidak mempunyai akaun bank?

Ya, anda boleh membuat tuntutan bantuan ini secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan hanya membawa MyKad anda.

Berapakah jumlah STR maksimum yang boleh diterima oleh isi rumah?

Ia boleh mencapai sehingga RM2,500 setahun, bergantung kepada bilangan anak yang anda tanggung.

Jika permohonan saya tidak berjaya, adakah saya boleh membuat rayuan?

Ya, rayuan boleh dibuat selepas pengumuman rasmi bagi setiap fasa. Sila rujuk portal untuk mendapatkan panduan selanjutnya tentang cara membuat rayuan.

Kesimpulan

STR Fasa 4 tahun 2025 ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan jutaan rakyat Malaysia, terutamanya menjelang akhir tahun. Dengan jumlah bayaran antara RM100 hingga RM700 untuk fasa ini, dan jumlah bantuan tahunan yang boleh mencecah sehingga RM2,500 bagi isi rumah yang mempunyai ramai anak, bantuan ini amat bermakna.

Pertanyaan Atau Maklumat Lanjut :

  • Portal Rasmi LHDNM
  • Talian Hotline : 03-8882 4565

Baca Info Lain :

Leave a Comment