STR SEMAKAN : FASA 2 2025 SEMAK STATUS BAYARAN

STR SEMAKAN : FASA 2 2025 SEMAK STATUS BAYARAN

Bagi menjamin kesejahteraan dan nasib rakyat pada tahun 2025, Kerajaan Malaysia telah memperkasakan lagi bajet yang lebih tinggi bagi memastikan semua rakyat tak kira, berkeluarga, warga emas ataupun bujang. Tak terlepas mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun 2025.

Bagaimanakah STR semakan dibuat? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : STR BUJANG FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

KATEGORI KELAYAKAN STR SEMAKAN

Berikut merupakan kategori serta kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bayaran bantuan STR fasa 2 :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM5,000 dan ke bawah.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. BUJANG :
    • Belum berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR

Bayaran STR akan dibayar secara berfasa pada tarikh seperti berikut :

  1. Fasa Bayaran Bantuan STR :
    • Pertama (1) : 22 hingga 28 Januari 2025;
    • Kedua (2) : 3 April 2025 dan peringkat;
    • Ketiga (3) : Belum diketahui;
    • Keempat (4) : Belum diketahui.

*Nota : Tarikh bayaran Fasa ke-2 di atas akan dikemaskini kembali sekiranya terdapat perubahan tarikh.

AMAUN BAYARAN STR

Amaun yang dipaparkan dibawah adalah merupakan bayaran penuh bagi tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
BANTUAN STR 2025
Isi rumah berpendapatan
bawah RM2500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangRM600

*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima amaun bayaran Fasa ke-2 yang berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi STR.

KAEDAH BAYARAN STR 2025

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
BANTUAN STR
Penerima ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan.
Penerima tiada akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) berhampiran
Seluruh Malaysia termasuk di
Sabah dan Sarawak.

PANDUAN SEMAKAN STR 2025

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Bantuan STR Fasa ke-2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment