SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS
Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan bulanan untuk rakyat yang memerlukan bantuan teutama golongan rentan dan penerima eKasih bagi membantu mereka menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah cara semak sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : CHECK STATUS
SYARAT LULUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Mengikut kategori yang diberikan, syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
KELAYAKAN SUMBANGAN ASA RAHMAH 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang BERSTATUS eKasih.
Berikut merupakan langkah-langkah LULUS bantuan SARA bagi Kategori eKasih:
- Berdaftar di Sistem eKasih (Bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar) di :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Setelah LULUS eKasih, individu perlu mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Kemudian, apabila LULUS dan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan secara automatik akan disalurkan ke dalam MyKad penerima.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
| KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga emas | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA PEMBELIAN BARANGAN SARA 2025
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAK BAKI DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]