SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah 2026 diteruskan untuk membantu golongan B40 yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat. Menerusi program ini, penerima yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan bulanan melalui MyKad mereka.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Artikel ini akan menyediakan panduan tentang cara membuat semakan kelayakan, tarikh pembayaran, dan perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan SARA 2026.
“Ingin tahu berapa jumlah bantuan STR 2026 anda? Maklumat lengkap mengenai STR 2026 ada DISINI9.”
SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan kerajaan yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Ia merupakan bantuan tanpa tunai (cashless) yang disalurkan terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara tanpa perlu menerima wang tunai secara fizikal.

Bermula tahun 2025, pengagihan SARA dijalankan melalui program MyKasih, yang memudahkan penerima membeli pelbagai barangan harian, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, dan pelbagai lagi.
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia.
Secara keseluruhan, penerima SARA boleh membeli daripada 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori asas, termasuk roti, susu, lampin pakai buang, sabun mandi, ubat seperti Panadol, alat tulis, dan pelbagai lagi keperluan isi rumah.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Pada tahun 2026, kerajaan terus memberi bantuan kepada rakyat dengan memperbaharui kadar SARA supaya lebih tepat dan saksama mengikut kategori penerima.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Semua penerima STR akan dapat RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan RM1,200.
- Golongan Miskin Tegar (e-Kasih)
- Penerima yang ada dalam pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini lebih tinggi RM1,200 setahun daripada tahun lepas.
- Individu Bujang (tidak menerima STR)
- Individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR akan dapat RM50 sebulan dalam bentuk SARA, iaitu RM600 setahun.
- Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah)
- Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 sebulan atau kurang dan mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, termasuk STR dan SARA.
- Warga Emas Bujang (60 tahun ke atas)
- Kadar STR untuk warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan kekal pada RM600 setahun, tetapi bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.

Bantuan Penghargaan SARA (One-Off)
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk bukan penerima STR, akan menerima RM100 secara one-off sebagai Penghargaan Khas SARA 2026.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026
Jadual bayaran SARA 2026 adalah seperti berikut :

Bantuan khas RM100 secara (One-Off) Penghargaan SARA akan diagihkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA
Anda boleh menyemak sama ada anda layak menerima SARA 2026 melalui dua cara :
- Portal Rasmi STR
- Layari laman web rasmi Log Masuk mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Anda akan dibawa ke halaman utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Tekan Semak.
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan sama seperti yang ditetapkan.
- Isi kata laluan yang anda buat semasa mendaftar akaun.
- Klik Log Masuk.
- Jika berjaya, anda akan melihat Dashboard MySTR.
- Butiran yang akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; dan
- Status Kelayakan SARA.
- Butiran yang akan dipaparkan :
- Selesai.

- Portal Rasmi MyKasih
- Layari laman web MySTR di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
- Klik pada bahagian Semakan Status.

Status SARA anda, beserta maklumat dan tarikh pembayaran akan dipaparkan.
CARA GUNA BANTUAN SARA 2026
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima :
- Pilih Barangan Keperluan
- Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad di Kaunter
- Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
- Simpan Resit Pembelian
- Pastikan anda menyimpan resit bagi tujuan semakan atau rujukan transaksi pembelian di kemudian hari.
SENARAI KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Berikut merupakan 14 kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad) :
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.
Terdapat 14 kategori barangan asas termasuk:beras, minyak masak, tepung, gula, susu, telur, ayam, ikan, sayur, roti, lampin, ubat asas (seperti Panadol), sabun mandi, dan alat tulis.
Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan Sumbangan Asas Rahmah SARA 2026, sila layari atau hubungi :
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih : 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang).