SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH : 2025 SEMAKAN STATUS

SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH : 2025 SEMAKAN STATUS

Untuk memartabatkan kesejahteraan kehidupan dan juga membantu kewangan yang terutama sekali B40, Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah iaitu nama lain Mykasih dibawah pimpinan kerajaan MADANI.

Bagaimanakah cara Semakan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025

APA ITU SARA MYKASIH

SARA adalah merupakan singkatan daripada Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah bantuan tambahan bersasar yang dilaksanakan di bawah program MyKasih bagi tujuan membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat yang kurang berkemampuan khususnya B40 dan M40.

SENARAI BARANGAN MYKASIH

Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan Sumbangan (SARA) MyKasih, antara barangan yang dilulusakan adalah :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan (SARA) MyKasih yang terkini bagi setiap kategori penerima :

  • KATEGORI ISI RUMAH
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
PENUH
Isi rumah Miskin
& Miskin tegar
(Daftar eKasih)
RM100/200RM2,100 setahun
Isi Rumah
Asas bukan miskin
(Bukan eKasih)
RM100RM900 setahun
  • KATEGORI WARGA EMAS
KELAYAKAN WARGA
EMAS
JUMLAH BAYARAN SEBULANJUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Warga emas
miskin & miskin tegar
(daftar eKasih)
RM100/RM150RM1,650 setahun
Warga emas
asas bukan miskin
(bukan eKasih)
RM50RM450 setahun
  • KATEGORI BUJANG
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN BULANANJUMLAH BAYARAN PENUH
Bujang
miskin & miskin tegar
(daftar eKasih)
RM50RM600
Bujang
asas bukan miskin
(bukan eKasih)

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

Rujuk panduan semakan status kelayakan Bantuan Sumbangan (SARA) MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini :https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel :[email protected]

Leave a Comment