SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 : CEK & SEMAKAN STATUS
Orang ramai boleh mula menyemak status kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2026 ini. Fasa yang pertama akan disalurkan pada 20 Januari 2026 ini di mana penyaluran akan diberi melalui akaun bank penerima. Bagi penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
Bagaimanakah Cara Semak Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2026 ? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : MYSTR FASA 1 2026 : SEMAKAN & CHECK STATUS
TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 MASUK
Fasa 1 untuk sesi 2026 bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah adalah pada 20 Januari 2026 iaitu hari Selasa. Bantuan akan disalurkan kepada penerima secara terus yang dimasukkan ke dalam akaun bank.
Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan anda.
JUMLAH MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Berikut adalah amaun bantuan yang akan masuk :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
- RM600
CARA PENYALURAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
CARA SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (STR 2026)
Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]