SYARAT KELAYAKAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Menurut pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan meneruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan peruntukan besar sebanyak RM15 bilion untuk tahun 2026. Program ini memanfaatkan lebih 9 juta penerima STR di seluruh negara.
Bagaimanakah cara Semak kelayakan str 2026? Ikuti info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan kategori bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Isi Rumah
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
Nota : Bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU 19 tahun ke atas (masih menuntut di IPTA/IPTS) tidak layak memohon kategori bujang. Mereka hanya boleh disenaraikan di bawah tanggungan isi rumah.
LINK SEMAK KELAYAKAN STR
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kini dengan wajah dan fungsi yang baharu supaya memudahkan rakyat mengakses untuk Log Masuk (Login) bagi kemaskini permohonan dan semakan status kelayakan bayaran.
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR yang sah oleh Kerajaan Malaysia :
- Pautan Login STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
DAFTAR AKAUN STR 2026
Sebelum membuat semakan status, penerima sedia ada perlu mendaftar akaun STR yang baharu seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang [LOG MASUK].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan.
- Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik [Sahkan Akaun Saya].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- *Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang [Seterusnya].
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026
Setelah itu, status kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini:https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Pihak kami menulis artikel ini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk rujukan lebih lanjut, sila hubungi atau emelkan ke talian di bawah berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]