SYUKUR SABAH 2026 : FASA 1 SEMAKAN & TARIKH BAYAR
Inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan, bersamaan RM900 setiap tiga bulan, sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara semakan SYUKUR SABAH 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : PSKR 2026 : SEMAKAN STATUS PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 1
PENGENALAN SYUKUR SABAH 2026
SYUKUR Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) ialah program bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun.
KADAR BAYARAN SYUKUR SABAH 2026
Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM200 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM2400 SETAHUN bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3, 4) iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Terdapat (2) cara yang melayakkan diri untuk menerima bantuan Syukur Sabah :
Syarat kelayakan utama :
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).
Tambahan Kriteria :
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
- NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
CARA AGIHAN BANTUAN SYUKUR 2026
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
KAEDAH SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari laman Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) akan dipaparkan.
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:
- Bila semakan kelayakan SYUKUR Sabah dibuka?
- Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk setiap Fasa Pembayaran dibuka bermula tarikh pembayaran fasa diumumkan.
- Bolehkah saya semak kelayakan menggunakan telefon pintar?
- Ya, semakan boleh dibuat di Portal Rasmi SYUKUR Sabah menggunakan telefon bimbit.
- Adakah bantuan ini hanya untuk warga Sabah?
- Ya, KIR yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
- Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
- Anda boleh menghubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]