TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 (RM150) : SEMAK SEKARANG
Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan telah menyatakan bahawa peruntukan untuk pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah sebanyak RM800 juta untuk diagihkan kepada lebih 5.2 juta pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MAIK KELANTAN : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN ONLINE
PENGENALAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan sejak tahun 2012 sebagai bantuan kewangan yang diberikan pada awal tahun untuk membantu ibu bapa / penjaga menampung kos perbelanjaan barang-barang persekolahan anak-anak.
BERAPA BANYAK PERUNTUKAN UNTUK BAP 2026
Untuk memperkukuhkan akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat, Kerajaan menyediakan beberapa peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), antaranya ialah :
- RM800 juta peruntukan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
- RM180 juta peruntukan untuk Bantuan Am Persekolahan (BAPs).
- RM150 juta peruntukan untuk Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
- RM870 juta peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
KADAR BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Semua murid / pelajar tahun satu (1) sehingga pelajar tingkatan lima (5) dari semua sekolah rendah dan sekolah menengah akan terima bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM150.00 sekaligus untuk setiap seorang pelajar.
- Kerajaan juga bakal meluaskan pemberian kepada 100,000 orang pelajar tingkatan enam (6) yang bermula pada sesi akademik 2026 dan setiap seorang pelajar akan terima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.00.
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Kerajaan telah menetapkan bawah tarikh rasmi bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid / pelajar yang layak untuk tahun 2026 adalah bermula pada 11 Januari 2026 (Ahad).
SYARAT LAYAK BAP 2026
Berikut adalah syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2026 :
- Murid adalah Warganegara Malaysia.
- Tahun satu (1) hingga Tingkatan enam (6) atau setaraf dengan sesi persekolahan 2026.
- Bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
CARA PENYALURAN BAP 2026
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan duit bantuan secara berperingkat melalui :
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.
Kemudian, pihak sekolah akan agihkan duit Bantuan Awal Persekolahan secara tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa / penjaga.
RUJUKAN
Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), pihak tuan / puan boleh merujuk pada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pautan di bawah :
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : https://www.moe.gov.my/.