TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN

Semakan status kelayakan STR 2026 penting bagi menentukan sama ada seseorang pemohon layak menerima bayaran bagi Fasa 1 nanti. Setiap tahun, data penerima akan dinilai semula berdasarkan maklumat isi rumah, pendapatan dan kategori pemohon. Walaupun tarikh rasmi pembayaran Fasa 1 belum diumumkan, pemohon sudah boleh membuat semakan status kelayakan STR 2026 melalui portal rasmi bagi mengetahui status lulus, gagal, atau perlu kemaskini. Semakan awal membantu mengelakkan sebarang isu semasa pembayaran bermula nanti.

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2026 ? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : MYSARA SEMAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PEMOHON BANTUAN SARA MYKASIH

SYARAT BAYARAN STR FASA 1 2026

Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)

BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0 anakRM700
1-2 anakRM1200
3-4 anakRM1700
5 > anakRM2200

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)

BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0 anakRM200
1-2 anakRM450
3-4 anakRM700
5 > anakRM900

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
Bawah RM5000RM600

CARA SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026

Panduan cara log masuk Portal MySTR 2026 untuk semakan status permohonan dan kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. ⁠Tekan (Semak).
  5. ⁠Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. ⁠Seterusnya, tekan butang (Semak).⁠
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. ⁠Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan: Status Permohonan Str – Jumlah Telah Dibayar – Jumlah Bayaran Keseluruhan STR – Status Kelayakan SARA
  11. ⁠Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah: – Perubahan Maklumat Permohonan – Cetak Permohonan – Semakan Permohonan – Kemas Kini Maklumat Asas – Tukar Kata Laluan – Maklumbalas – Peti Mel
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. ⁠Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Kebiasaannya bayaran duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kepada penerima dilakukan sebelum atau selepas sesuatu perayaan besar di Malaysia bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
(ANGGARAN 2026)
Fasa 1 : Februari 2026
(Sebelum Tahun Baru Cina)
Fasa 2 : Mac / April 2026
(Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri)
Fasa 3 : Ogos 2026
(Sebelum Hari Kebangsaan)
Fasa 4 : November 2026
(Sebelum Perayaan deepavali)

MAKLUMAT TAMBAHAN

STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.

SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.

SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 1 2026

  • Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
    • Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
  • Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
    • Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
  • Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
    • Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
  • Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
    • Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
  • Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
    • Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment