[RASMI] TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA

[RASMI] TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA

Dapatkan maklumat tentang jumlah, kategori penerima dan tarikh pembayaran rasmi STR Fasa 4 tahun 2025. Ketahui bila bantuan terakhir untuk tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

BAYARAN STR FASA 4

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan terus daripada kerajaan Malaysia untuk golongan B40 dan M40. Tujuannya adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

STR diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Jumlah bantuan yang diterima bergantung pada kategori penerima, seperti isi rumah, warga emas, individu bujang, dan bilangan anak tanggungan.

Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

SARA 2025

“Bagi warga emas yang layak, boleh semak bantuan tambahan melalui artikel Bantuan Warga Emas 2025 – Jumlah & Cara Permohonan.”

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Berikut ialah syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :

  • Isi Rumah : pasangan, ibu/bapa tunggal dengan anak, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
  • Bujang/Individu : individu tunggal tanpa tanggungan, berumur 21–59 tahun (atau OKU 19–59 tahun) dengan pendapatan ≤ RM2,500.
  • Warga Emas Tanpa Pasangan : individu berumur ≥ 60 tahun, tanpa pasangan atau anak tanggungan, dan pendapatan ≤ RM5,000.

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2025

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah seperti berikut :

Kredit ke Akaun Bank

  • Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.

Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.

NOTA PENTING : Sebelum ke kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR untuk memastikan layak menuntut tunai.

TARIKH & JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 18 Oktober 2025. Tarikh rasmi ini yelah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos 2025
  • Fasa 4 : 18 Oktober 2025

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Penerima

Jumlah yang diterima bergantung pada kategori kelayakan dan bilangan anak/pendapatan. Berikut ialah jadual ringkas :

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Kebawah

Bilangan Anak Kelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM1,000RM500RM150RM150RM200
1 – 2RM1,500RM500RM300RM350RM350
3 – 4RM2,000RM500RM500RM500RM500
5 dan keatasRM2,500RM500RM650RM650RM700

Isi rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakKelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM500RM150RM100RM150RM100
1 – 2 RM750RM150RM200RM200RM200
3 – 4RM1,000RM250RM250RM250RM250
5 dan keatasRM1,250RM300RM300RM300RM350

Kategori Bujang / Warga Emas Tanpa Pasangan

Kelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
RM600RM150RM150RM150RM150

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan berikut :

  • Layari Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log Masuk ke MySTR : Klik butang Log Masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
    • Tekan butang Log Masuk.
    • Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
    • Masukkan kata laluan MySTR anda.
  • Semakan Status dan Butiran Bayaran.
  • Pilih menu “Semakan Permohonan”
  • Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang tersenarai dalam eKasih (miskin tegar serta miskin), anda juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.

Kadar & Kaedah Bantuan SARA 2025

SARA kepada Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:

  • Isi rumah : Sehingga RM2,100 setahun (kadar ditingkatkan berbanding tahun 2024).
  • Bantuan akan dikreditkan ke MyKad penerima, boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih MyKasih seluruh negara.
  • Bermula Januari – Mac 2025 : RM100 sebulan; mulai April 2025 : RM200 sebulan.

SARA kepada Penerima Lain STR 2025 (bukan miskin/miskin tegar) :

  • Isi rumah : Sehingga RM900 setahun (RM100 sebulan mulai April), warga emas bujang hingga RM450 setahun.
  • Bujang Miskin/Miskin Tegar (21 – 59 tahun) : Terima RM600 setahun (RM50 sebulan mulai Januari 2025).

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Tidak Mempunyai Akaun Bank?

Sekiranya tiada akaun bank, anda boleh memilih untuk menerima pembayaran secara tunai di kaunter BSN.

Adakah golongan bujang layak menerima bantuan ini?

Ya, individu bujang berpendapatan ≤RM2,500 atau OKU berumur 19–59 tahun layak menerima RM600 setahun.

Bagaimana jika permohonan saya tidak lulus?

Anda boleh membuat rayuan melalui portal STR dengan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Bolehkah saya menyemak status melalui aplikasi mudah alih?

Tidak. Semakan hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi Bantuan Tunai.

Apa yang perlu saya lakukan jika bayaran tidak dapat dikreditkan ke akaun bank saya?

Anda boleh menuntut tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad.

KESIMPULAN

Gabungan STR dan Bantuan SARA MyKasih membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Bantuan ini bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi juga memastikan wang tersebut digunakan untuk membeli keperluan harian.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :

“Jika anda ingin menukar MyKad yang rosak, panduan lengkap ada di artikel Tukar MyKad Percuma – Panduan Lengkap untuk Anda.”

Leave a Comment