TARIKH TAMAT GUNA DUIT BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK SEKARANG BILA HABIS TEMPOH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November 2025 telah mula disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk dibelanjakan bagi mendapatkan keperluan asas bulan tersebut. Tarikh akhir untuk mengunakan Bantuan SARA Mykasih boleh disemak sekarang.
Bilakah Tarikh tamat guna duit bantuan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
CARA SEMAK STATUS GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025
Status Bayaran dan Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, boleh disemak secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal rasmi SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
TARIKH TAMAT GUNA DUIT BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Berikut adalah tarikh akhir bagi menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
| JENIS BANTUAN | TARIKH AKHIR |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | 31 Disember 2025 |
BARANGAN BOLEH GUNA DUIT MYKASIH
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM SARA 2025
Bagaimana semak status bayaran MyKasih?
Status bayaran bulan November boleh disemak secara online di Portal SARA.
Berapakah kadar bayaran MyKasih bagi bulan November 2025?
Kadar pembayaran adalah tertakluk pada kelayakan penerima dimana kadar yang diberikan adalah sehingga RM200.
Apakah kedai yang boleh tebus MyKasih?
Lebih 7,300 premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
Bagaimana jika baki bantuan tidak digunakan sebelum tarikh luput?
Baki yang tidak dibelanjakan akan luput secara automatik dan tidak boleh dituntut semula.
Adakah boleh guna MyKasih selain barang berdaftar?
Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.