TEBUS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : CARA CLAIM & TARIKH BAYARAN
Pemberian BAP 2026 bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seperti pakaian, buku, dan peralatan alat tulis sebelum sesi persekolahan bermula.
Cara Tebus Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILAKAH TARIKH BAYAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : CHECK DAPAT ATAU TIDAK BAP RM150
APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan sejak tahun 2012 sebagai bantuan kewangan yang diberikan pada awal tahun untuk membantu ibu bapa / penjaga menampung kos perbelanjaan barang-barang persekolahan anak-anak.
PERUNTUKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Untuk memperkukuhkan akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat, Kerajaan menyediakan beberapa peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), antaranya ialah :
- RM800 juta peruntukan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
- RM180 juta peruntukan untuk Bantuan Am Persekolahan (BAPs).
- RM150 juta peruntukan untuk Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
- RM870 juta peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
JUMLAH BAYARAN BAP 2026
Semua murid / pelajar tahun satu (1) sehingga pelajar tingkatan lima (5) dari semua sekolah rendah dan sekolah menengah akan terima bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM150.00 sekaligus untuk setiap seorang pelajar.
Kerajaan juga bakal meluaskan pemberian kepada 100,000 orang pelajar tingkatan enam (6) yang bermula pada sesi akademik 2026 dan setiap seorang pelajar akan terima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.00.
SYARAT LAYAK TEBUS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Secara umumnya, kelayakan bantuan ini ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah serta status murid di sekolah. Berikut syarat utama:
- Murid warganegara Malaysia.
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
- Pendapatan isi rumah berada dalam kategori yang ditetapkan KPM (B40/M40 rendah – tertakluk kepada pengumuman semasa).
- Senarai penerima disahkan oleh pihak sekolah.
KELEBIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Bantuan ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar dan ibu bapa. Antaranya:
- Membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana
- Menggalakkan penyertaan penuh murid dalam sesi persekolahan
- Meringankan beban ibu bapa dalam membeli pakaian dan peralatan sekolah
- Menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan pendidikan negara
SOALAN LAZIM (FAQ) BAP 2026
Antara soalan yang selalu ditanya oleh ibubapa murid adalah seperti berikut :
- Perlu ke mohon BAP 2026?
- Tidak. BAP tidak memerlukan permohonan. Ia ditentukan oleh pihak sekolah.
- Anak saya baru tukar sekolah. Layak lagi ke?
- Ya, selagi termasuk dalam senarai penerima dan pendapatan isi rumah masih dalam syarat kelayakan.
- Kalau saya M40 boleh dapat BAP?
- Bergantung kepada garis panduan tahun semasa. Sesetengah kategori M40 rendah masih dipertimbangkan.
- Bila sekolah umum senarai penerima?
- Selalunya awal tahun sebelum sesi persekolahan bermula.
- Bayaran dapat tunai atau bank?
- Kaedah pembayaran ditentukan oleh sekolah; tunai atau terus ke akaun.
- Kalau anak saya tak pergi sekolah hari serahan, macam mana?
- Ibu bapa boleh ambil di pejabat sekolah pada tarikh lain.
- Boleh rayu kalau tak dapat?
- Rayuan bergantung kepada pihak sekolah dan peruntukan semasa.
RUJUKAN
Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), pihak tuan / puan boleh merujuk pada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pautan di bawah :
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
- Portal Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia: https://www.penerangan.gov.my/
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan:
- https://www.moe.gov.my/