REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

Kini rakyat tidak perlu beratur panjang di kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) kerana portal rasmi MySTR telah dibuka untuk daftar permohonan baharu 2027 secara dalam talian (online) sahaja.

Bagaimanakah cara register STR 2027 online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH REGISTER STR 2027

Untuk pengetahui umum, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 telah dibuka bermula pada tarikh :

PLATFORMTARIKH DIBUKA
Melalui Pejabat Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN)
Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis)
Melalui Portal Rasmi MySTR
(Online)
Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis)

SYARAT LAYAK REGISTER STR 2027

Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan untuk melayakan pemohon register permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2027 :

SYARATKELAYAKAN
ISI RUMAH
KELAYAKAN
WARGA EMAS
KELAYAKAN
BUJANG
Warga
negara
MalaysiaMalaysiaMalaysia
Had UmurTiada had60 tahun
dan ke atas
21 – 59 tahun
StatusBerkahwin
atau
Balu / Bercerai
Bujang
atau
Balu / Bercerai
Bujang
atau
Balu / Bercerai
TanggunganAda / tiadaTiadaTiada
PendapatanBawah
RM5,000
Bawah
RM5,000
Bawah
RM2,500

REGISTER STR 2027 ONLINE

Bagi yang belum pernah register / mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh ikuti panduan lengkap langkah demi langkah untuk mohon STR secara online di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
    • Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  8. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  9. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  10. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  11. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  12. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  13. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  14. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  15. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  16. ⁠Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN STR 2027

Untuk memudahkan proses permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), lazimnya Kerajaan akan meminta dokumen sokongan yang berkaitan seperti berikut :

  • Salinan MyKad pemohon (depan dan belakang).
  • Salinan MyKad / MyPR pasangan.
  • Maklumat akaun bank pemohon (atas nama sendiri).
  • Salinan penyata pendapatan.
  • Salinan sijil kelahiran anak (jika ada).
  • dan sebagainya (mengikut keperluan).

SALURAN RASMI

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan ‘Register STR’, pihak tuan / puan boleh rujuk saluran yang rasmi dari pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya menulis dan kongsikan artikel ini untuk rujukan umum berkaitan ‘Cara register STR 2027’ untuk mudahkan carian umum sahaja.

Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang kami kongsikan.

Segala maklumat dalam artikel ini juga dirujuk daripada portal rasmi MySTR dan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Leave a Comment