BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Kategori barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluaskan kepada 15 kategori yang diluluskan, termasuk barangan dapur untuk ditebus oleh penerima pada setiap bulan bagi memenuhi keperluan asas harian.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bantuan barangan dapur 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STR FASA 3 2026 ONLINE
PENERIMA BANTUAN BARANGAN DAPUR
Syarat Kelayakan Bantuan Barangan Dapur 2026, terdiri daripada :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| eKasih | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
| Bukan eKasih | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan |
ELAUN BANTUAN BARANGAN DAPUR
Amaun elaun bantuan untuk pembelian barangan dapur 2026, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SENARAI BARANGAN DAPUR 2026
Berikut merupakan kategori bantuan barangan dapur yang diluluskan untuk tahun 2026 :
- Beras : Jasmine / Jati / Faiza / Cap Rambutan / Super5;
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White;
- Telur : CP / NutriPlus / QL Eggs;
- Minyak Masak : Saji / Alif / Buruh / Vesawit / Seri Murni;
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Blue Key / Cap Ros;
- Biskut : Munchy’s / Julie’s / Tiger / Chipsmore / Hup Seng;
- Mi Segera : Maggi / Indomie / Cintan / Mamee / Mi Sedaap;
- Minuman : Milo / Dutch Lady / BOH / Nescafe / Horlicks / Marigold;
- Makanan Dalam Tin : Ayam Brand / TC Boy / Kimball / Yeo’s / Adabi;
- Bahan Perasa : Maggi / Jalen / Kimball / Tamin / Faiza;
- Makanan Sejuk Beku : Ayam Beku / Nugget / Sayur Beku / Makanan Laut Beku
SEMAK BANTUAN BARANGAN DAPUR
Status kelayakan penerima Bantuan Barangan Dapur 2026, boleh di semak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status SARA 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 (contoh) |
CARA DAPATKAN BARANGAN DAPUR
Panduan lengkap cara tebus bantuan barangan dapur :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026