BACAAN DOA AKHIR RAMADHAN: CONTOH DOA DALAM RUMI

BACAAN DOA AKHIR RAMADHAN: CONTOH DOA DALAM RUMI

Doa akhir ramadhan adalah doa yang wajib di hafal oleh semua umat Islam, doa ini merupakan doa yang dibaca pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan. Doa ini dibaca bagi memohon agar kita dapat bertemu semula dengan bulan mulia ini pada tahun akan datang.

Pad penghujung bulan Ramadhan ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat bagi merebut keberkatan bulan mulia ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila pastikan anda membaca artikel ini sehingga penghujung.

BACA JUGA : BANTUAN KAD PERAK

BACAAN DOA RUMI AKHIR RAMADHAN

DOA AKHIR RAMADHAN 1

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan amat suka akan pengampunan, maka ampunilah daku.”

Moga rahmat Ramadan, kita peroleh KEAMPUNAN DOSA atas kekhilafan yang lalu.

Mohonlah keampunan kepada Allah. Bila kita mengaku salah dan mohon maaf, ia akan menjadikan jiwa kita sedar yang kita hanyalah HAMBA. Kita sedar diri yang sehebat mana pun kita, ia tidak ke mana tanpa rahmat Allah untuk ke SYURGA.

BACAAN DOA AKHIR RAMADHAN 2

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا

“Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi,”

“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan puasa yang sia-sia,”.

BACAAN DOA AKHIR RAMADHAN 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam bulan Ramadan yang masih berbaki ini.

Kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

MANFAAT MEMBACA DOA AKHIR RAMADHAN

  • Mendapatkan pengampunan dan rahmat Allah
  • Mendapatkan keberkahan Lailatul Qadar
  • Mendapatkan pahala yang berganda
  • Menjadi kuat dan senantiasa dalam lindungan Allah SWT
  • Mengakui bahwa tanpa bantuan Allah SWT, semua keinginan dan cita-cita tidak akan terwujud

MALAM LAILATUL QADAR

Terdapat 1 malam dalam 10 hari terakhir tersebut yang sangat-sangat mulia.

Malam tersebut dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Malam ini merupakan  satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa pada 10 malam terakhir Ramadan ini, umat Islam sangat digalakkan melakukan amalan sunat bagi mencari keberkatan malam Lailatul Qadar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -JAKIM

AMALAN 10 MALAM TERAKHIR

  • Banyakkan membaca al-Quran
  • Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
  • Beri’tikaf di Masjid
  • Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
  • Banyakkan bersedekah

Leave a Comment