BANTUAN 100 MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN 100 MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Berita baik yang diumumkan, penambahbaikan sistem pelaksanaan Program Bantuan dalam Mykad (Mykasih) dalam menyelaraskan cara pengkreditan kepada golongan penerima Isi Rumah, Warga Emas dan juga Bujang adalah bagi memudahkan lagi rakyat untuk menerima dan mengunakan bantuan.

Bagaimanakah cara semak bantuan 100 mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAK DUIT DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN SARA MYKASIH

APA ITU BANTUAN 100 MYKASIH

Bantuan MyKasih RM100 adalah bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada individu yang layak, disalurkan melalui MyKad mereka. Bantuan ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan dalam membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan kebersihan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Golongan yang layak bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA BELANJAKAN BANTUAN 100 MYKASIH

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment