BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS

BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan diagihkan secara sekali gus untuk penerima yang berkelayakan dan secara automatik akan menerima kedalam kad pengenalan penerima, cek bantuan SARA One Off sekarang.

Bagaimanakah semakan bantuan asas rahmah 2026 one off? Ikuti info disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA SEMAK SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP CEK BAKI & JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

APA ITU SARA ONE OFF

Pemberian khas ini dikenali sebagai Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan mula dikreditkan pada 9 Februari 2026, iaitu menjelang Ramadan dan musim perayaan utama. Tidak seperti bantuan bersasar lain, SARA one-off Februari ini diberikan kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira status pendapatan.

PELAKSANAAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF

Bantuan SARA ONE-OFF ialah inisiatif Kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat Malaysia sebanyak RM100 secara sekali pelaksanaan bayaran (ONE-OFF) bagi meringankan kos sara hidup yang dihadapi.

SARA ONE-OFF diteruskan lagi pada tahun 2026, untuk membantu rakyat Malaysia dalam membuat persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.

Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Nama Program : SARA untuk semua (SARA ONE-OFF)
  • Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas)
  • Jumlah Bantuan : RM100 ONE-OFF (Sekali Bayaran)
  • Cara Pelaksanaan : Bantuan dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
  • Tarikh Pelaksanaan SARA ONE-OFF : 9 Februari 2026

MANFAAT BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Banyak kelebihan yang anda akan dapat melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  1. Meringankan Beban Kewangan: Memberikan bantuan segera RM100 kepada semua dewasa untuk membeli barangan keperluan asas.
  2. Akses Mudah via MyKad: Bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad, memudahkan penebusan tanpa memerlukan tunai.
  3. Fleksibiliti Pembelian: Membolehkan pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan barang dapur lain.
  4. Pilihan Pasar Raya Luas: Boleh digunakan di pasar raya utama termasuk Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, dan 99 Speedmart.
  5. Bantuan Sasar: Sering disalurkan bersempena inisiatif kerajaan untuk golongan rentan dan merangsang ekonomi peruncit kecil.
  6. Validiti Baki: Baki kredit yang tidak habis digunakan boleh dibelanjakan sehingga hujung tahun.

Catatan: SARA One-Off (SARA Untuk Semua) berbeza dengan SARA Bulanan/Berkala yang khusus untuk penerima STR miskin tegar/miskin.

SYARAT LAYAK SARA ONE OFF

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :

  • Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
  • Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

CARA AGIHAN SARA ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah berikut :

Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima.

SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).

BARANG BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada lebih 14 kategori melibatkan puluhan ribu produk, berikut adalah senarai barang mykasih:

  • Beras, roti dan bijirin
  • Telur, minyak masak dan gula
  • Makanan bayi dan lampin pakai buang
  • Ubat asas dan barangan kesihatan
  • Sabun, pencuci dan barangan kebersihan
  • Alat tulis dan keperluan sekolah
  • Pembelian boleh dibuat di lebih 4,000 kedai dan pasar raya seluruh negara termasuk Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit berdaftar.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]


Leave a Comment