CARA SEMAK SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP CEK BAKI & JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

CARA SEMAK SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP CEK BAKI & JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

Inisiatif bantuan bersasar yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar dalam memenuhi keperluan asas harian, khususnya melalui penyaluran bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke dalam MyKAD penerima.

Bagaimanakah Cara Semak SARA 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : CEK SARA ONE OFF : KELAYAKAN 2026, TARIKH BAYAR & JUMLAH BANTUAN

APA ITU SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah 2026 merupakan inisiatif sokongan kos sara hidup yang disalurkan dalam bentuk kredit barangan keperluan, bukan wang tunai. Kredit ini dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan yang diluluskan di kedai rakan niaga MyKasih.

Pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan digunakan untuk keperluan harian seperti makanan, barangan kebersihan, keperluan sekolah dan ubat-ubatan asas, sekali gus mengurangkan risiko salah guna.

CARA SEMAK SARA 2026

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

JADUAL AGIHAN SARA 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Bantuan SARAJanuari Hingga Disember 2026
Bantuan SARA One off9 Februari 2026

SYARAT SARA 2026

Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

TARIKH MASUK SEMAK SARA 2026

Bantuan kedalam mykad akan diagihkan pada tarikh seperti berikut :

SARA bulanan sehingga RM200 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.

Pembayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 akan mula dikreditkan bermula 20 Januari 2026.

Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad yang akan dikreditkan mulai 9 Februari 2026, bagi meringankan kos menjelang persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

SENARAI BARANGAN SARA 2026

Berikut merupakan cara-cara untuk ketahui barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan SARA ini:

  1. Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
  2. Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
  3. Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
  4. Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
  5. Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
  6. Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
  7. Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
  8. Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
  9. Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
  10. Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK SARA 2026

Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?

Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.

Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.

Di mana saya boleh guna SARA?

SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini

Berapakah amaun SARA yang diterima?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment