BANTUAN KAD PERAK 2025 : SEMAKAN STATUS TERKINI
Bagi memperkasakan lagi kesejahteraan dan trend gaya hidup rakyat Perak supaya lebih baik pada tahun 2025, Kerajaan Perak telah memperkenalkan program terbaharu yang diberi nama Perak Prihatin iaitu bantuan melalui Mykad yang didaftarkan di negeri Perak sahaja, oleh itu tahun 2025 merupakan perubahan baharu Kerajaan Negeri Perak ke arah yang lebih baik.
BACA JUGA : CARA MEMOHON KAD SISWA JOHOR (2025 ONLINE)
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KAD PERAK 2025
Semakan kelayakan bantuan perak prihatin boleh dilakukan seperti berikut :
- LAMAN RASMI PERAK PRIHATIN

KAEDAH KEGUNAAN KAD PERAK PRIHATIN
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
LANGKAH PENGAKTIFAN KAD PERAK PRIHATIN 2025
Sebelum boleh menggunakan Kad Perak Prihatin, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu menggunakan salah satu cara berikut :
- Secara dalam talian (ONLINE)
- Layari laman web rasmi Perak Prihatin di :https://member.perakprihatin.com/site/login
- Klik butang “KLIK UNTUK AKTIFKAN KAD”
- Melalui SMS
- Taip mesej : WBC<jarak>PACT<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR KAD PERAK PRIHATIN<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR MYKAD
- Hantarkan mesej tersebut ke 33555
- Fungsi lain yang boleh digunakan melalui SMS adalah seperti berikut :
- Penukaran PIN
- Taip mesej : WBC<jarak>PPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN LAMA<jarak>PIN-BARU Hantarkan mesej ke 33555
- Reset PIN
- Taip mesej : WBC<jarak>PRPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN-BARU Hantarkan mesej ke 33555
- Semakan Baki Kad
- Taip mesej : WBC<jarak>PBAL<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN Hantarkan mesej ke 33555
- Pusat Panggilan
- Talian PERAK PRIHATIN : 1 800 22 6600
LAMAN RASMI AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN
Kaedah pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut:
- LAMAN RASMI PENGAKTIFAN KAD PERAK SEJAHTERA
SENARAI BARANGAN KAD PERAK PRIHATIN 2025
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]