BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA : PERMOHONAN ONLINE & SEMAKAN (PANDUAN LENGKAP)
Musim tengkujuh bakal menjelang tiba, dan bagi komuniti pekebun kecil serta penoreh getah, ia sering kali membawa kerisauan tentang sumber pendapatan yang terjejas. Namun, jangan bimbang! Kerajaan melalui agensi utamanya, RISDA, sekali lagi tampil dengan inisiatif Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk tahun 2025.
Bagaimanakah semakan bantuan musim tengkujuh risda? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN DARJAH 1 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT LAYAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
Antara syarat yang membolehkan layak menerima bantuan dibawah naungan Risda adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Wajib berdaftar dibawah Risda.
Perbezaan syarat khusus antara Pekebun Kecil dan Penoreh Getah :
| KRITERIA KELAYAKAN UTAMA | Pekebun kecil (pemilik tanah) | Penoreh getah (bukan pemilik) |
|---|---|---|
| STATUS PEMILIKAN TANAH | Pemilik tanah yang sah | Bukan pemilik, menoreh dikebun orang lain |
| KELUASAN LOT (HEKTAR) | 0.1 hingga 4.0 hektar | 0.1 hingga 4.0 hektar |
| KAD PERMIT AUTORITI GETAH (PAT-G) | Pilihan (bergantung kepada syarat lain) | Wajib dan mesti dah tempoh |
| DOKUMEN PENGESAHAN | Geran tanah sebagai bukti utama | Wajib dapatkan surat pengesahan dari pemilik tanah |
CARA MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda tahu untuk memohon bantuan secara lengkap:
Ikuti tiga langkah mudah ini untuk semakan bmt 2025:
- Layari Portal Rasmi: Buka pelayar internet anda dan pergi ke salah satu portal rasmi RISDA:
- Portal Semakan Rasmi BMT: https://bmt.risda.gov.my/
- Portal Pekebun Kecil: https://pekebunkecil.risda.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan: Taipkan 12 digit nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan tanpa sebarang sengkang (-) atau jarak.
- Klik Butang Semak: Klik pada butang ‘Semak’ atau ‘Hantar’ dan status permohonan anda akan terus dipaparkan di skrin.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
LULUS bermakna anda hanya perlu menunggu bayaran masuk. Jika status anda adalah DALAM PROSES, ia menunjukkan permohonan anda sedang disemak. Beri sedikit masa, tetapi jika ia kekal terlalu lama, jangan teragak-agak untuk menghubungi pejabat RISDA terdekat. Status TIDAK LAYAK atau GAGAL pula bermaksud permohonan anda tidak berjaya, selalunya disebabkan syarat tidak dipenuhi atau dokumen tidak lengkap.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Bantuan musim tengkujuh, sila kemukakan ke:
- Portal Rasmi RISDA: https://www.risda.gov.my
- Portal Pekebun Kecil RISDA: https://pekebunkecil.risda.gov.my
- Portal Semakan BMT: https://bmt.risda.gov.my