BANTUAN OKU RM500 SEBULAN : SEMAKAN KELAYAKAN & PERMOHONAN
Anda mungkin layak terima Bantuan OKU RM500 daripada JKM, semak segera syarat kelayakan dan cara mohon sebelum terlepas peluang. Bantuan khas ini terbuka untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak, lengkap dengan panduan permohonan online & manual.
Bagaimanakah cara check bantuan OKU RM500 sebulan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BUDI RON95 : 2025 ONLINE
APA ITU BANTUAN OKU RM500
Bantuan ini dinamakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dan ia terbukti meringankan beban ramai keluarga di Malaysia.
- Skim rasmi oleh JKM untuk membantu penjaga OKU/pesakit kronik;
- Penjaga layak menerima RM500 setiap bulan;
- Dikhususkan untuk kes terlantar dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa.
Selain bantuan RM500 ini, JKM turut menawarkan skim lain:
| JENIS BANTUAN JKM | AMAUN BAYARAN BULANAN |
|---|---|
| Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) | RM500/sebulan |
| EPOKU (Elaun Pekerja OKU) | RM400/sebulan |
| BTB (Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja) | RM300/sebulan |
SYARAT LAYAK BANTUAN OKU RM500
Untuk melayakkan diri, pemohon perlu menepati beberapa kriteria utama:
- Warganegara Malaysia & tinggal tetap di Malaysia.
- Penjaga kepada OKU/pesakit kronik terlantar sepenuh masa.
- Individu OKU berdaftar dengan JKM& memiliki Kad OKU.
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan.
- Tidak menerima bantuan penjagaan daripada mana-mana pihak lain.
CARA MOHON BANTUAN OKU RM500 SEBULAN
Untuk melayakkan diri, pemohon perlu menepati beberapa kriteria utama:
PERMOHONAN MANUAL (DIKAUNTER JKR)
- Dapatkan Borang JKM 18 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).
- Lengkapkan borang dengan maklumat sebenar.
- Sertakan dokumen sokongan.
- Serahkan ke PKMD untuk diproses.
PERMOHONAN ONLINE (PORTAL eBANTUAN JKM)
- Layari portal rasmi eBantuan JKM.
- Klik menu permohonan & isi maklumat lengkap.
- Hantar permohonan secara online.
- Hadir ke PKMD dalam 14 hari selepas permohonan untuk pengesahan dokumen.
NOTE : Jika gagal hadir, permohonan akan terbatal secara automatik.
DOKUMEN MOHON BANTUAN OKU
Bagi melancarkan proses, sediakan dokumen berikut :
- Salinan MyKad pemohon & penerima bantuan.
- SalinanKad OKU JKM/ slip pendaftaran OKU.
- Salinan sijil lahir (bagi penerima bawah 12 tahun).
- Surat pengesahan doktor / laporan perubatan.
- Bil utiliti (air/elektrik) untuk pengesahan alamat.
- Penyata pendapatan / surat akuan (jika bekerja sendiri).
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN OKU RM500
Berikut merupakan soalan yang selalu diajukan oleh penerima :
- Adakah penjaga bukan ahli keluarga boleh mohon?
- Ya, asalkan penjaga tinggal bersama dan menguruskan OKU/pesakit kronik sepenuh masa.
- Bolehkah mohon jika sudah menerima bantuan lain?
- Tidak. Bantuan RM500 ini khusus untuk penjaga yangtidak menerima bantuan penjagaan lain.
- Berapa lama proses kelulusan?
- Tempoh bergantung pada kelengkapan dokumen & semakan JKM. Biasanya mengambil masa beberapa minggu.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran bantuan berikut:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
- Telefon: 03-8000 8000
- Laman Web Rasmi: jkm.gov.my