SEMAKAN KELAYAKAN BUDI RON95 : 2025 ONLINE

SEMAKAN KELAYAKAN BUDI RON95 : 2025 ONLINE

Seramai 1.6 juta penerima layak menikmati subsidi Budi Madani bagi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dan semakan status kelayakan boleh dibuat di Portal Rasmi Budi Madani.

Bagaimanakah semakan kelayakan budi ron95? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN MINYAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RON95 2025

CARA SEMAKAN KELAYAKAN BUDI RON95

Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang “Semak Kelayakan’.
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

SYARAT LAYAK BUDI MADANI RON95

Antara syarat kelayakan yang membolehkan penerima dapat Budi Madani RON95 adalah seperti berikut :

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas;
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif;
  • Tiada kira tahap pendapatan – semua layak;
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

CARA TEBUS BUDI MADANI RON95

Kaedah untuk menebus bantuan budi madani adalah seperti berikut :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

TARIKH PELAKSANAAN KELAYAKAN BUDI RON95

Penerima boleh menyemak jadual tarikh seperti berikut :

  • Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

    1. Bila BUDI Madani RON95 akan bermula?
      • Subsidi petrol RON95 boleh digunakan secara rasmi pada 30 September 2025. Namun, untuk penerima STR, dan Warga Polis/Tentera boleh menggunakanya beberapa hari lebih awal.
    2. Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
      • Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
    3. Bagaimana semakan status kelayakan?
      • Semakan status kelayakan boleh di buat di Portal Rasmi Budi atau Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak) dan menggunakan MyKad di Stesen Minyak.
    4. Apakah had liter maksimum yang dibenarkan?
      • Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 300 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
    5. Adakah pemandu e-hailing ada kelebihan kuota?
      • Ya, terdapat pengecualian untuk pemandu e-hailing yang mungkin memerlukan kuota tambahan melalui permohonan.

    RUJUKAN

    Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

    • Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
    • e-Mel : [email protected]
    • Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/

    Leave a Comment