BANTUAN PERAK SEJAHTERA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN
Sebagai tanda sokongan Kerajaan Perak dalam menaikkan lagi kesejahteraan dalam kalangan semua bangsa yang ada, Program Kad Perak telah dibuka untuk yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan dan secara terus dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi setiap individu yang berkenaan.
Bagaimanakah Semakan Kad Perak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : STR FASA 3 2025 : SEMAKAN
APA ITU KAD PERAK
Perak Sejahtera adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri tersebut bagi mengurangkan kos sara hidup kumpulan ini, melalui bantuan kewangan.
Di bawah program ini, penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya terdapat sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka.
Pada tahun 2025 ini, penerima bantuan di bawah inisiatif ini akan menerima agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun demikian, pelaksanaan bagi manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024.
CARA SEMAKAN BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA
Semakan kelayakan Bantuan Perak Prihatin boleh dilakukan seperti berikut:
- LAMAN RASMI PERAK PRIHATIN
CARA MENGUNAKAN KAD PERAK SEJAHTERA
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Prihatin, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
BARANGAN BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA
Barangan yang diluluskan Kerajaan Perak dibawah Bantuan Perak Prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Prihatin boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]