BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN LAUT 2025 : SEMAKAN & PERMOHONAN

BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN LAUT 2025 : SEMAKAN & PERMOHONAN

Program Elaun Sara Hidup Nelayan atau ESHN merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, bantuan elaun ini telah dimulakan sejak Jun 2008 di mana pemohon yang layak diberikan elaun bulanan sebanyak RM200 dan sejak tahun 2015, elaun ini telah dinaikkan kepada RM250 dan RM300 (bergantung pada zon).

Bagaimanakah cara semakan bantuan nelayan laut? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN LAUT

Berikut merupakan individu yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN):

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
  3. Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa.
  4. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah.
  5. Status pengambilan minyak yang aktif.
  6. Bagi pekerja (awak-awak), didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu atau syarikat.

JUMLAH BANTUAN SARA NELAYAN 2025

Berikut merupakan amaun ataupun jumlah yang diberikan dibawah program bantuan sara nelayan laut seperti berikut :

BANTUAN SARAJUMLAH BANTUAN
BANTUAN SARA HIDUP
NELAYAN LAUT
RM300

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN ELAUN NELAYAN (EHSN)

Dibawah dinyatakan cara pembayaran elaun sara hidup nelayan laut seperti berikut :

BAYARAN ELAUN SARA HIDUP
NELAYAN LAUT (MELALUI BANK)
BAYARAN ELAUN SARA HIDUP
NELAYAN LAUT (SECARA TUNAI)
Bayaran terus ke akaun penerima
melalui bank yang ditetapkan :
MAYBANK
Agrobank
BSN
CIMB
Bayaran secara tunai oleh Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri
melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)

KATEGORI PENERIMA ELAUN NELAYAN 2025

Berikut adalah 3 kategori penerima bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kali ini:

  • Pemilk vesel perikanan Zon A
  • Pemilk vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat
  • Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia

CARA MEMOHON ELAUN SARA HIDUP NELAYAN LAUT 2025

Kaedah permohonan elaun nelayan laut 2025 adalah seperti berikut :

  1. Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi
  3. Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
  4. Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
  5. Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
  6. Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
  7. Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
  8. Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
  9. Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)

CARA PEMBAHARUAN PERMOHONAN ELAUN NELAYAN EHSN 2025

Individu yang layak boleh membuat pembaharuan permohonan dengan cara yang berikut:

  • Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
  • Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
  • Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini :

  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di talian 03-8064 9000.

Leave a Comment