SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA – BANTUAN SARA RAHMAH TERKINI 2025

SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA – BANTUAN SARA RAHMAH TERKINI 2025

SARA RAHMAH adalah bantuan tambahan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan miskin tegar eKasih. Mulai tahun 2025, bantuan ini akan disalurkan melalui program MyKasih untuk membantu membeli barang keperluan asas harian.

BANTUAN SARA RAHMAH TERKINI

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan SARA ini.

APA ITU BANTUAN SARA?

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan tambahan kepada penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar eKasih, dan disalurkan melalui program MyKasih.

Mulai Januari 2025, penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas di lebih 600 pasar raya. Jumlah ini akan dinaikkan kepada RM200 sebulan mulai April 2025.

Untuk STR 2025, jumlah penerima kategori isi rumah meningkat kepada 4.1 juta berbanding 700,000 pada tahun 2024. Kategori bujang pula akan menerima RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

SARA 2025

Dengan peruntukan tambahan RM3 bilion, kadar maksimum STR dinaikkan kepada RM4,600 bagi isi rumah. Ini menjadikan jumlah keseluruhan STR dan SARA dalam Belanjawan 2025 mencecah RM13 bilion, yang merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah.

“Nak tahu tarikh bayaran STR Fasa 4 2025? Baca panduan lengkap ini : Semakan STR Fasa 4 2025 – Tarikh & Jumlah Bayaran.”

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

JUMLAH BANTUAN SARA MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Setiap penerima yang layak untuk SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

Kategori Penerima STR & eKasih :

  • Isi Rumah – RM2100
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
  • Bujang – RM600

Kategori Penerima STR sahaja :

  • Isi Rumah – RM900
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

SARA ONE OFF (RM100) 31 OGOS

Bermula 31 Ogos 2025, kerajaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off ke dalam MyKad setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui program SARA Untuk Semua.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai dan pasar raya yang terlibat.

SARA UNTUK SEMUA

Maklumat penting :

  • Kredit RM100 SARA Untuk Semua ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  • Baki yang tidak digunakan akan ditarik balik dan akan diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan melalui program lain.
  • Setiap individu layak menerima RM100, dan sesebuah isi rumah boleh menerima jumlah yang lebih tinggi secara kolektif.

Contoh : Suami isteri dengan dua anak berumur 18 tahun ke atas = RM100 x 4 orang = RM400 jumlah keseluruhan.

Pastikan anda semak dan gunakan bantuan ini sebelum tamat tempoh!

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH

Untuk semak status kelayakan bantuan sara MyKasih 2025, penerima boleh ikut langkah-langkah berikut di portal rasmi MyKasih :

  • Pergi ke laman web semakan : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  • Klik butang SEMAK STATUS di bahagian atas laman.
  • Masukkan nombor MyKad anda (tanpa tanda -), contohnya 85XXXXXXXXXX.
  • Isikan kod captcha yang tertera.
  • Tekan butang Semak Status untuk lihat hasilnya.

Jika anda layak, maklumat tentang status bantuan dan jumlah yang akan diterima akan ditunjukkan. Jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Sekiranya layak, anda boleh membeli mulai tarikh program bermula sehingga tarikh program berakhir.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 205

Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dimasukkan mengikut jadual seperti berikut :

Kategori Penerima STR & eKasih :

  • Isi Rumah – RM2100 (RM100 sebulan Januari – Mac, RM200 sebulan April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650 (RM100 sebulan Januari – Mac, RM150 sebulan April – Disember)
  • Bujang – RM600 (RM50 sebulan Januari – Disember)

Kategori Penerima STR sahaja :

  • Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan April – Disember)

PANDUAN MEMBELI BARANG MENGGUNAKAN MYKAD

Berikut adalah langkah pembelian :

  • Pilih barangan keperluan yang mempunyai label MyKasih di rak.
  • Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  • Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  • Anda masukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
  • Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.
CARA TEBUS BANTUAN SARA

CARA SEMAK BAKI BANTUAN SARA 2025

Anda boleh semak baki SARA 2025 melalui cara berikut :

  • Semakan di portal rasmi MyKasih
  • Semakan resit pembelian

Untuk lebih mudah, muat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma untuk semak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membeli-belah.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Penerima boleh membeli barang keperluan asas daripada 14 kategori produk yang dibenarkan, iaitu :

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan, dan
  • Barangan Kebersihan Rumah.
SENARAI BARANGAN SARA

SENARAI KEDAI RAKAN NIAGA MYKASIH

Antara kedai yang menerima kredit MyKasih :

  • Mydin, Econsave, Pasar Raya Giant, Lotus’s, Speedmart99, dan beberapa kedai runcit komuniti terpilih.

Senarai penuh kedai boleh dilihat di laman rasmi MyKasih.

Maklumat & Info Lanjut

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu SARA 2025?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan yang disasarkan kepada rakyat yang paling terjejas akibat kos sara hidup. Program ini adalah untuk meningkatkan ekonomi golongan rentan dan menyokong prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada Ekonomi MADANI.

Bagaimana cara menggunakan SARA?

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad. Barangan runcit asas dari kategori produk yang dibenarkan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Adakah MyKasih dan SARA bantuan yang sama?

Tidak. MyKasih dan SARA bukan bantuan yang sama, tetapi berkait rapat.

Perbezaannya :
MyKasih adalah platform atau program pengurusan bantuan. Melalui MyKasih, penerima boleh menggunakan bantuan tanpa tunai di kedai dan pasar raya terpilih dengan MyKad.
SARA (Sumbangan Asas Rahmah) – adalah jenis bantuan yang diberikan kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kategori miskin dan miskin tegar. Dana SARA akan disalurkan melalui platform MyKasih.

Bagaimana cara memohon SARA 2025?

Tidak perlu memohon. Kelayakan SARA 2025 adalah automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

Leave a Comment