BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2
Bagi membantu meringankan bebanan rakyat khususnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, Kerajaan akan menyalurkan bantuan seperti Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) berperingkat.
Bagaimanakah Semakan Bantuan Tunai Rahmah 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH 2026 : SEMAKAN, BAYARAN, KELAYAKAN
CARA BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 disalurkan kepada penerima melalui dua (2) platform yang disediakan untuk memudahkan penerima menerima bayaran.
Berikut merupakan platform bayaran Bantuan STR Fasa 2 :
| PLATFORM PEMBAYARAN TUNAI | PLATFORM PENGKREDITAN TUNAI |
|---|---|
| Penerima yang tiada akaun bank perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat | Penerima yang ada akaun bank perlu menunggu bayaran Bantuan STR dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing secara berperingkat |
SYARAT LAYAK STR FASA 2
Syarat kelayakan STR Fasa 2 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian:Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
NILAI BAYARAN STR 2026
Nilai bayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah dianggarkan bermula RM100 sehingga RM500. Setiap penerima akan terima nilai bayaran yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) | RM200 hingga RM500 (tertakluk jumlah anak) |
| Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 – RM5,000) | RM100 hingga RM250 (tertakluk jumlah anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM150 (setiap individu) |
*Catatan : Untuk mengetahui nilai sebenar bayaran Bantuan STR Fasa 2 yang anda layak terima, sila semak di laman web rasmi STR.
CARA SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Berikut merupakan panduan untuk anda melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]