EKASIH 2026 : SEMAKAN, BAYARAN, KELAYAKAN

EKASIH 2026 : SEMAKAN, BAYARAN, KELAYAKAN

Bantuan selain daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan juga Sumbangan Tunai Rahmah (STR), terdapat juga bantuan Ekasih yang memfokuskan kepada golongan B40 miskin/miskin tegar.

Bagaimanakah semakan EKASIH 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN PELATIH PLKN (SIRI 2/2026)

MANFAAT EKASIH 2026

Pelbagai manfaat yang dapat jika rakyat mendaftar eKasih. Antara manfaat yang dapat adalah termasuk :

  • Mendapat pelbagai bantuan oleh Kerajaan seperti :
  • Bantuan bulanan SARA dengan jumlah yang banyak;
  • Bantuan STR;
  • Bantuan Awal Persekolahan; dan sebagainya.
  • Status sebagai miskin dan miskin tegar dapat direkod secara rasmi.
  • Diberikan keutamaan dalam program peningkatan pendapatan seperti :
  • Bantuan modal perniagaan kecil;
  • Latihan kemahiran TVET; dan sebagainya.
  • Memudahkan pelbagai permohonan bantuan dari kerajaan / agensi.
  • Sokongan berterusan dari pelbagai agensi dan peluang bantuan tambahan seperti :
    • Bantuan kesihatan;
    • Pendidikan anak;
    • Intervensi pembasmian kemiskinan.

SYARAT LAYAK EKASIH 2026

Pendaftaran eKasih adalah terhad kepada rakyat yang benar-benar layak seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa :
    • Contoh miskin tegar : RM1,169 sebulan / miskin : RM2,208 sebulan (berbeza mengikut kawasan dan tahun).

Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

CARA SEMAK EKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semakan Status Pendaftaran eKasih :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
  8. Disahkan – Telah dibanci;
  9. Disemak – Dalam proses banci;
  10. Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
  11. Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  12. Selesai.

RUJUKAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA.


Leave a Comment