BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN FASA 2 2025
Kerajaan Malaysia di bawah naungan kerajaan Madani telah berinisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan dan juga menjamin kesejahteraan dalam bentuk bantuan kewangan dibawah program yang dikelolai oleh Kementerian Kewangan (MOF) iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagaimanakah Semakan STR? Ikuti info disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CHECK STR FASA 2 2025 (SEMAKAN STATUS)
KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Berikut merupakan cara bayaran Bayaran (STR) adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang ada akauan bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan. |
| Penerima yang tiada akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. |
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Jumlah di bawah menunjukkan amaun yang di salurkan untuk STR Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | STR FASA 2 2025 (RM BILION) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan bawah RM2500 | RM0.9 Bilion |
| Isi rumah berpendapatan rm2501 hingga RM5000 | RM0.1 Bilion |
| Warga emas tiada pasangan | RM0.2 Bilion |
| Bujang | RM0.5 Bilion |
| JUMLAH | RM1.7 Bilion |
Nota*: Perbandingan jumlah bantuan yang diberikan di bawah sumbangan tunai rahmah fasa 2 mengikut tahun adalah pada tahun 2023 berjumlah RM1.26 Bilion dan pada tahun 2024 berjumlah RM1.5 Bilion, ini menunjukkan peningkatan yang ketara setiap tahun diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
JUMLAH STR FASA 2 2025
Amaun bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025 |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan bawah RM2500 | RM150 sehingga RM650 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | RM100 sehingga RM300 |
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
| Bujang | RM150 |
PAUTAN LAMAN RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Berikut dibawah merupakan laman rasmi portal bantuan STR :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
CARA SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Untuk mengetahui status layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan STR; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]