CHECK STR FASA 2 2025 (SEMAKAN STATUS)
Pendekatan terkini Kerajaan Madani dalam memperkasa kesejahteraan dan menjamin kos sara hidup rakyat malaysia lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya aidilfitri. Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 Bilion atau 30% kepada RM13 Bilion.
Bagaimanakah check str fasa 2? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : FASA 2 SEMAKAN STATUS
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2
Berikut merupakan jensi pembayaran mengikut status pemohon adalah seperti dibawah :
| KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan. |
| Penerima yang tidak mempunyai akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. |
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Jumlah di bawah menunjukkan amaun yang di salurkan untuk STR Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | STR FASA 2 2025 (RM BILION) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan bawah RM2500 | RM0.9 Bilion |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 sehingga RM5000 | RM0.1 Bilion |
| Warga emas tiada pasangan | RM0.2 Bilion |
| Bujang | RM0.5 Bilion |
| JUMLAH | RM1.7 Bilion |
Nota*: Perbandingan jumlah bantuan yang diberikan di bawah sumbangan tunai rahmah fasa 2 mengikut tahun adalah pada tahun 2023 berjumlah RM1.26 Bilion dan pada tahun 2024 berjumlah RM1.5 Bilion, ini menunjukkan peningkatan yang ketara setiap tahun diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
JUMLAH STR FASA 2
Amaun bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan bawah RM2500 | RM150 sehingga RM650 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 sehingga RM5000 | RM100 sehingga RM300 |
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
| Bujang | RM150 |
PAUTAN LAMAN RASMI STR FASA 2
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
CARA SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Untuk mengetahui status layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan STR; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]