SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : FASA 2 SEMAKAN STATUS
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 telah di tambah jumlah agihan sebanyak RM1.7 Bilion berbanding 2024 yang berjumlah RM1.5 Bilion, bantuan yang disalurkan adalah untuk menjaga kesejahteraan dan menjamin masa depan yang lebih berkualiti kepada rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semak STR fasa 2? Ikuti info dibawah sehingga akhir.
BACA JUGA : STR HASIL GOV MY (FASA 2 2025 SEMAKAN)
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Syarat dan kategori kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 2025 adalah seperti berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH STR FASA 2 2025
Jumlah di bawah menunjukkan amaun yang di salurkan untuk Str Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | STR 2025 FASA 2 (RM BILION) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan dibawah RM2500 | 0.9 Bilion |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 sehingga RM5000 | 0.1 Bilion |
| Warga emas tiada pasangan | 0.2 Bilion |
| Bujang | 0.5 Bilion |
| JUMLAH | RM1.7 Bilion |
Nota*: Perbandingan jumlah bantuan yang diberikan di bawah sumbangan tunai rahmah fasa 2 mengikut tahun adalah pada tahun 2023 berjumlah RM1.26 Bilion dan pada tahun 2024 berjumlah RM1.5 Bilion, ini menunjukkan peningkatan yang ketara setiap tahun diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
JENIS BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Berikut merupakan jenis pembayaran mengikut status permohonan pemohon seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima bantuan yang mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan. |
| Penerima yang tidak mempunyai akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan bawah RM2500 | RM150-RM650 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | RM100-RM300 |
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
| Bujang | RM150 |
PAUTAN LAMAN RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
CARA SEMAKAN STR FASA 2
Untuk mengetahui status layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan STR; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]